Monday, September 5, 2011

beskot

mood:MySpace
location: shah alam
beverage: air mineral
song to: penakut by yuna~


fuhhh~ lega. Bila hati dah terniat, janji dah tertunai, ringan terasa. Walaupun hati selalu disakiti, duduk diam asik diri kena sentap je kan. Akk tak kesah, yang penting akk cuba setia kepada janji dan jujur pada diri. harap pemberian yang tak seberapa dapat menceriakan hati. belajar menepati janji.

Sharing is caring, caring is loving..

Hari ini genap 7 hari syawal dirai. Cuti raya dah habis. perantau dah kembali semula ke kota. macam biasa, suasana kota tak semeriah kampung. Sebab itu akk terduduk mencari-cari kehangatan aidilfitri di kota. Nasib akk ada sedikit buah tangan untuk dikongsi bersama kekawan. Bersusah payah dibawakan khas dari kampung. Berat tu. tapi tak mengapa. Penat cikit ja, sebab kereta yang pikul berat. Lagi pun bila terkenangkan kawan, diri bertambah semangat. Akk tak kesah~

tersenyum..

Suka melihat kekawan yang sudi merasa biskut air tangan sendiri yang tak seberapa. Mungkin dengan cara merasa makanan yang sama, kegembiraan masih boleh dikongsi bersama. Kata-kata indah tidak perlu dizahirkan untuk santapan telinga. Mereka suka, Akk suka! puas~

Malam hampir kepenghujungnya. Tapi akk masih tak melelapkan mata. Mujur kelas tak ada esok. Tapi, mata dah serupa panda lah. hurm~ kena paksa tidur.

selamat malam dunia. akk mahu berlayar ke alam maya.


p/s: semoga persahabatan kita semua tiada akhirnya. =)
yOOsh!! hari ni dpt lagi sekeping duet raya. suka suka suka!.terima kaseh daun keladi. tahun depan harap dapat lagi..yeah! =)
mata aimashu.. janna~ nite! zZz~

No comments:

Post a Comment