Tuesday, January 15, 2013

dugaan datang lagi..

mood: Setia hujung nyawa -tonton


.....bunyi ringing telefon.. ringtone~~ big bag- fantastic baby kedengaran....
Tatkala akak yang tengah leka melayan drama, bangun. Bangkit dari drama yang sangat melekakan. Owh, budak rumah telefon. jam menunjukan 1:10 pagi. huh? apa mau dia call pepagi macam ni?
M: Haloo. assalamualaikum. kak yat bila nak balik Shah Alam?
akak: tak tahu lagi..
M: roomate baru dah masuk. M nak amikkan duit sewa rumah ni. letak mana? 
akak: ok..amik kat sini, sini...sini...ada?
M: ok. ada. hurm, budak baru smoke tau.. Diorang tiga sekawan. Best friend. 
akak: ..terdiam..(Ya Allah.bala datang lagi)
M: nanti akak pandai-pandai lah ya. si N dah tanya-tanya dengan makcik. bila akak nak keluar? 
akak: dalam hati (hai, tak sabar-sabar suruh aku keluar) Biar lah. aku bayar sewa ok.
M: hurm, dia pun dah sibuk-sibuk tanya. bila M nak keluar rumah. 
akak: #^%#&&...
M: hurm, dah tu akak nak balik bila ni?
akak: hurm, (speechless!!) entah lah. bila dah dengar macam ni. lagi lah buat hati akak berat. rasa malas nak balik sana.
M: tu lah...ok lah. assalamualaikum..
akak: waalaikumussalam.

(take note: isi perbualan yang penting sahaja).

Ya Allah. Engkau yang Maha pengampun dan Maha mengetahui. Lundungilah hambamu ini. Aku rasa amat amat amat amat kerdil berada di atas bumi mu yang luas ini. Permudahkan lah jalanku....

Perbualan yang kurang sepuluh minit tu betul-betul mengejutkan akak dari lena mimpi. Akak leka melayan khayalan drama tv. Seronok nak tahu masalah pelakon utama dalam drama. Paling tidak, kasihan pada pelakon yang berjaya memegang watak yang diberikan. Walhal, sudah tahu jalan ceritanya semua telah disusun atur. Supaya penonton sentisa berdebar-debar dan tertanya-tanya apakah yang bakal berlaku pada episod akan datang? Sampai akak lupa. Akak sebenarnya berhadapan dengan dunia reality yang penuh dengan drama. Ya ampun. Akak ingat semuanya telah berakhir. Pasal kes budak rumah talam dua muka yang tak puas hati.

Semester lepas, dia sebilik dengan akak. Tapi semester baru ni, dia dah pindah bilik sebelah. Duduk dengan D. Ingat bila dia dah pindah sebelah, tak adalah cakap-cakap lagi itu ini. (akak harap) Situasi sekarang ni, dia pakat dengan kawan kelas, mai datang duk rumah sesama. haih~ sebilik dengan akak lagi. Masyaallah.. macam mana akak nak face drama reality ini? Dengan nak hadap muka Ai lagi, pasal kes baby hilang. Argh! Lagi ingat lagi bertambah marah. sekarang ni dah macam unggun api yang disiram petrol ja rasa.... damm!! marah meluap-luap~~

Masyaallah~ owh tuhan, bantu lah hambamu ini. smooth kan lah perjalanan hidup aku ini.. Engkau bukakanlah hati-hati insan kedil yang keras ini. Semoga mereka lembut-lembut hatinya. Boleh mendengar nasihat, akur, penuh rasa hormat dan penuh dengan sifat kasih sayang.

Hari ini. Aku mengaku. Aku lemah.. seperti watak El dalam drama tv....Ya Allah~

perjalanan akak masih jauh.... :'(
Enough for today~

Monday, January 14, 2013

buah hati pengarang jantung

mood: masih trauma
listen to: titik-titik hujan

Hari ini genap empat belas hari dia meninggalkan akak. Walaupun dia tak punya nyawa, tapi kehadirannya dalam hidup akak sangat bermakna. Ke hulu ke hilir, mesti akak akan kelek, kemana sahaja. Naik bukit, masuk kebun, jalan bandar, jalan kampung..satu ja hajat akak yang tak sempat lagi, bawak turun sawah.

Owh sawah..

Lumpur sawah tak berbau. Beza kalau lumpur kat perit depan rumah ni. Baru godak pakai kayu, baunya jangan kata lah, dari rumah boleh hidu. Kalau ikutkan, memang geji turun sawah. Sapa suka main kotor? Tapi bila dah turun, lumpur tu siap dikepal-kepal baling kat orang lagi. haha!Habis baju, tudung dan muka. Penuh dengan kotoran lumpur. Lepas penat main perang-perang, berlari panjat tali air. Berendam lama kat sana. Sambil cuci, sambil menyanyi. Seronok kan dengar? Ni baru cerita, belum jejak kaki lagi. Hurm, tak sempai hajat nak bawak ziarah kampung abah..dan 'menembak' kat kampung Dayah.

i'am free lancer photographer but i dont have any tools.Yeah!


Tetiba rasa nak senyum lebar-lebar. Ibarat nak masak tapi tak ada kuali. Macam mana? susah la macam ni. hurm, satu lagi angan-angan yang tinggal angan-angan. Sekarang ni bila fikir balik, entah bila nak kumpul duit dapat cari pengganti lagi. Sekarang ni umur makin banyak. Bila dah makin banyak, tanggung jawab yang digalas dah pun meningkat sama banyak. Mana nak saving lagi, beli itu, beli ini. melancong lagi..huh, melancong?



owh korea..
bear museum 

Satu lagi angan-angan yang tak sempat tercapai.dengan si baby. Tahun lepas ada cakap-cakap. Nak bag packing sesama kawan tahun ni. Pakat kumpul duit tabungan sendiri. Bila penuh, jalan-jalan cuci mata kat negara orang. Memang seronok. Jalan-jalan cuci mata, tangkap gambar indah bersama. Memang bukan indah lah kalau tak namanya berangan. Tapi sekarang ni, bila dah berlaku musibah kat diri, hati dah tak seseronok dulu. Berat rasanya mulut ni nak jawab persoalan, bila? Sekarang ni nak berjalan-jalan tanpa baby D di sisi, macam malas la pulak. hurm~ tengok lah. Insyallah.ada rezeki, sampai juga kaki ni merasa jejak kat bumi sana.

Suatu hari akan cari juga pengganti...yup.cari pengganti. And i swear, someone need to pay for the careless, trauma and for the sadness of that nite. Thank you for the 'gives', my housemate! We lost two camera, one hard disk, cash about RM 250.00 and TRUST!!.

Hujan pun dah berhenti. Lain kali akak datang conteng-conteng lagi.

End. xoxo~ akakweird.





Saturday, January 12, 2013

kosong

mood: ....
listen to : bunyi kipas


Dalam fikiran akak sekarang ni kosong. Sepertinya takda perkara penting yang perlu dirisaukan. masa yang berlalu dibiarkan saja berdetik dengan laju. jiwa kacau dibiarkan saja bercelaru. tiada apa yang perlu difikirkan.

rindu pada kawan.

tatkala sunyi menelubungi diri, teringat kat kawan-kawan. paling sukar dilupa, kawan-kawan sekuliah. ada saja program hujung minggu berjimba bersama. tak dengan program U, program sendiri. serunuk tak terkata. inilah adat bila belajar berdikari di tempat orang, jauh dari mak ayah. kawan-kawan jadi peneman sejati. benda-benda pelik semua habis ditry. tapi selagi tak memudaratkan diri dan agama. bersama-sama memcuba. tapi bila masing-masing dah habis belajar. ..mana mereka? membawa haluan sendiri. sedikit demi sedikit mulai hilang. rengang. hurm, akak tak nak begitu...

apa aku mahu sebenarnya?
akak rindu...

internetlah medan komunikasi utama. tanya khabar berita mereka. bila tahu mereka suka, akak tumpang gembira. bila tahu mereka dalam duka, akak simpati bersama. bila mereka ditimpa bencana, akak cuba temankan mereka.beri nasihat. mencuba mententeramkan mereka. tapi, entahlah. terima tak terima.terserah. tak tahu lah apa tanggapan mereka. apa mereka kata.

saya bukan penyibuk!

maaf. ayat itu mungkin keras bunyinya. tapi bila dah duduk sesorang, mulalah, permainan otak ini. berlegar-legar buah fikiran. tapi malang. berlumba-lumba fikiran negatif ni keluar dari otak ni. Lelagi sekarang ni. bila terkenang diri. dengan musibah terkena pada diri bagai; barang kesayangan yang ditatang bagai minyak yang penuh, hilang! Hilang begitu saja. because of the dummies's careless. Dengan jobless lagi. argh! serabut. Mulalah mencari teman pengganti...'Baby D'..

saya bukan penyibuk..

bila duduk sendiri, mulalah mencari kawan-kawan yang rapat dulu. Saja. Cuma nak berbual kosong. Tiada motif apa. cuba bual kosong. ya. bual saja..kekadang terasa. tatkala terbaca status orang. memang bukan ditujukan pada kita. tapi of coz, siapa yang ada hati, tidak banyak, sedikit pasti jua akan terasa. maap. tiada apa-apa bentuk permainan yang dirancangkagkan. jangan lah belum apa-apa dah speechless.  Don't judge book by it's cover ya. i just need someone to chat with..

sedih bila kawan belum hebat untuk membaca hati budi kawannya...

End. xoxo.(peluk cium peluk cium)
:: lukilan: akakweird ::