

listen to: bunyi kipas dibilik.
beverage: hakim mamak..( naan cheese+air suam=) )
alhamdulillah~syukur..
Lama tak update menatang ni kan..ish~ (pada hal, tak ada sesiapa pun concern..kan. update ke tak~)
Hari ni, akk timba pengalaman baru. Bertemankan malam yang singkat di BJ, memacam perkara telah berlaku. Suka berselang dengan duka. Itu yang membuatkan hati bercampur baur. First thing is demo. Buat pertama kalinya akk join team demo. Sempena festival kelab dan persatuan 2011 di kampus Bestari Jaya .
Bila ditanya tentang perasaan...
fuhhh~ lega sebab dah lepas satu event.tapi masih ada lagi dua event. Perasaan gemuruh tu, mesti lah ada. Tipu lah kalau kata tak gemuruh kan. Sebenarnya akk tak rasa gemuruh sangat pun masa buat demo tu. Selamaba. haha~ mana taknya, dengan bersahaja buat rutin walaupun banyak dah silap sebenarnya. Tapi muka cool. ishhh~ malu kot! tak ingat rutin..ades~ matiiiikkk~
Apa pun, selamat sudah demo tu. Dengan bangganya melengkapkannya dengan adegen pecah papan. Sangat bergaya..yeahh!!! =)

Kalau ikutkan perasaan yang sebenar, akk teruja sangat nak datang bJ. Mesti orang kata sebab nak dating ngn siang bukan nama sebenar. Bukanlah. Sebabnya nak merayakan 'baby D' dapat 'babies' baru.. hurm, tak sempat lagi na bagi nama apa kat dia..=) speed light baru.yeah!! akhirnya, ku miliki jua akhirnya. Suka suka suka.. Sempat tak sempat, sempat jugak lah akk test sekeping dua gambar. lepas tu, bergegas menuju ke 'bk' fakulti. Nak tunaikan hajat orang lah katakan..
kacak tak babies jUnior ni? hehe~ lOve them! terima kaseh!
Happy birthday siti fatimah buah hati pengerang jantung izzat amar..=D . Seronok rupanya perasaan celebrate birthday.haha . Almaklum, akk tak penah celebrate birthday sehayatnya. keciann kan? =) tapi alhamdulillah, mak tak pernah lupa buat doa selamat setiap kali ulang tahun akk. Itu pun dah memadai. Terima kaseh mak!
Maka, bermula lah plan kami yang tak seberapa. Yang penting, telur dan tepung tidak dilupa sama sekali. Tepung tawar dimulakan untuk menyerikan lagi muka. tuuing~ telur dibaling di kepala tapi melantun semula ke lantai. Kelepap! seketol telur kena tepat kat kepala si mangsa. Dan begitulah senario seterusnya. Sesi kejar mengejar dan perang tepung bermula..bila dah penat,memasing baru teringat nak potong kek. hehe.. kali ini, bilangan mangsa makin meningkat. sorang2 kena calit dengan kek, tidak terkecuali akk. Sedap. pipi yang makan~ lagi kesian, rambut adek yang chantek tu kena hurung semutlah malam ni yer..
sepatutnya, akk dah boleh tersenyum lebar dengan semua perkara yang berlaku malam ni. Tapi disebabkan hamba Allah seorang ni, senyuman tu terkikis dari bibir. sentap~ Tak nampak perlunya nak naik hangin sebab kecuaian diri sendiri. Siapa suruh tak peka? kalau memang silap akk lah, rasanya boleh ja cakap nicely. org lain pun ada perasaan yang perlu dijaga. jangan disebabkan ketidakstabilan emosi, kita gagal mengawalnya. Last, orang lain jadi sasaran peluru tidak bermata.
sentap~
sentap~


Mujur ada insan lain yang bijak berbahasa. Ungkapan sorry sudah memadai, meredakan hati yang panas, dan senyuman dibibir terukir kembali. Terima kaseh.
Terima kaseh sekali lagi kepada insan yang layak diberi penghargaan. =) Hari ni, akk dapat soalan cepu emas yang akk sendiri tak tahu bagaimana hendak menjawabnya. AdesSs~ jawapannya akk simpan dulu boleh tak?. Lain kali ya akk bagi tahu jawapannya. **harap yang mengajukan soalan, membaca nota ini.
Maaf, hari sudah lewat pagi. Selamat malam semUa. *nanti kalau akk rajin, gambar akan dimuat naik. sayang korang sume untuk malam yang duka bersuka ria. yeah!!
sayang lah kamu ketat-ketat!! =)
p/s: yang penting, akk dah menyampaikan amanah orang dengan jayanya. =)
No comments:
Post a Comment