Tuesday, July 24, 2012

ragam

mood: lapar ~~
lokasi: office
listening: Jason maraz~ i'm yours
MySpace

Lama rasanya tak membebel dalam blog. rindu rasanya. haha~ **perasan ada orang stalker .
Hari ini, masuk hari ke empat umat islam menyambut ramadhan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akak dipanjangkan nyawa menghirup udara lagi.
Kalau di hitung, tup tap tup tap, dah hampir empat bulan akak merasa dunia kerja yang diimpi2 kan graduated, iaitu orang bekerjaya. Tatkala sibuk melayan 'kerja', angin rindu datang tidak semena2. Rindu akan alam kampus. Rindu kawan sekuliah. Rindu nak hang out. Rindu berovernite selepas mts. rindu bergosip. Argh! rindu rindu rindu. Perasaan yang tidak boleh diungkap.

Beza. Dunia kerja memang berbeza. Nama je rakan kerja. Tapi masing2 ada matlamat dan kepentingan diri. Bagus jika dilihat ada sikap bersaing sesama sendiri. Tapi kalau maju untuk menjatuhkan orang, tak baguslah gitu. Apa yang akak perasan, dalam 'alam' ni, ada yang jujur,ada yang lurus, ada kelingking berkait dan tak lupa lidah bercabang. Hurm, rambut sama hitam, hati lain2~
Macam2 ragam. Adat manusia. Punyai hajat, mengampu ja kerja. Bila dah terkena, terduduk seketika. Tapi, jangan mengugut bila dah tergugat.

Orang berkepentingan.

Ada kuasa. Ada pangkat. Ada nama. Lagaknya seperti tuan. Ya, kau memang tuan! Tapi bukan tuhan. Perlu berkemanusiaan. Bila kau berkepentingan, kau ampu. Bila kau suka, alhamdulillah. Tapi bila benci? bila kepentingan mengatasi keinginan, kepentingan di tolak ketepi. Tolak orang sesuka hati. Yang penting hati puas. Asal kehendak diri, dikecapi. Ada kuderat, ada kuasa. Semua boleh. Tiada siapa buleh sangkal?

Lagak manusia

Akak sedar akak sementara. tempoh kontrak hampir ke penghujungnya. Esok lusa giliran menjelma. Tapi akak terima dengan hati terbuka. Rezeki ada dimana2. Akak percaya, rezeki Allah beri. Ya Rahman Ya Rahim, Engkau yang Maha Mengetahui yang ada di alam semesta ini. Sempena bulan Ramadhan ini, Engkau limpah kurniakan lah rahmat ke atas hambamu ini, permudahkan urusanku di dunia mahupun di akhirat. Amen~

**berlari ke bazar. mencari juadah menjamu tekak. ^^ selamat berbuka!!