Monday, August 22, 2011

disebalik Gades Semasa

Mood:MySpaceMySpace


hari ni nak kongsi sedikit, kenapa akk suka lagu ini...


Oh begini rasanya cinta

Bila diagung-agungkan kuasanya

Dan aku begitu naif untuk dirimu

Kerna usia


Oh sekarang bukannya masa

Untuk kau ungkit lagi salah siapa

Dan engkau terlalu ego untuk diriku

Kau memang begitu


Bukalah mata oh

Yang selama ini kau pejamkan

Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah

Buang curiga yang telah lama kau simpan

Yang mungkin memudaratkan mu


Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyanyangi diri mu


Kau mahukan gadis semasa

Yang bisa memberikan kau segalanya

Dan engkau tak mampu melihat

Apa yang ada di depanmu


Kau mahukan perubahan dunia

Tetapi pada aku kau sama saja

Dan engkau terlalu ego untuk diriku

Kau memang begitu


Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi diri

Terlalu menyayangi diri

Terlalu menyayangi dirimu


hurm..semua orang rasanya dah tahu kan lirik di atas ini milik siapa. nak tahu tak kenapa akk suka? sebab liriknya bermakna.

dulu semasa sem satu, akk ada minat seorang teman ni. akk pun tak tahu kenapa. kalau nak diikutkan, tak ada pun yang istimewa.hensem tu, tak da lah. rupa dia biasa ja.sedap mata memandang orang kata. tapi, mungkin akk minat cara dia. salah satunya, dia seorang yang hormat perempuan. yang itu akk suka. =) sekarang ni tak ramai orang yang ambil kesah pasal ni.kan..


hurm, gades taurus memang mudah jatuh hati..


pada suatu hari, dia bagi lagu. katanya hasil gubahan dia sendiri bersama rerakan. akk terharu sesangat bila mendengarnya. macam tau-tau ja akk memang sukakan muzik. setiap masa hampir setiap jam akk putarkan lagu tu. Sampai satu tahap, kekawan rumah boleh hafal lirik lagu dan nyanyi bersama. sejak hari tu, perasaan cintakan muzik makin melonjak. akk makin suka mendengar muzik. dalam masa yang sama, akk terjumpa lagu seperti lirik di atas. liriknya yang tersurat membawa satu maksud tersirat. ianya hebat!


hurm, dan seperti biasa, perigi tak cari timba. orang kata, banyak caranya kalau kita nak tunjukkan perasaan kita. salah satu cara, muzik. satu kajian mengatakan, orang kelahiran mei gemarkan sastera, muzik dan melancong. memang tepat. dan setiap kali akk teringatkan dia, akk mainkan lagu ni. sweetkan bila dengar? tapi biarlah ianya menjadi rahsia sendiri. melakar senyuman seorang diri. dia pun mempunyai pilihan hati. jadi tak nampak perlunya akk menonjolkan diri. =)


kini perasaan tu hilang menyepi. sedikit demi sedikit lenyap dibawa pergi. tatkala memasing sibuk membusykan diri. lagu yang bermain difikiran, tidak lagi membawa pengisian lagi. apa pun akk bersyukur, dia masih bergelar teman. kami masih berhubung dan berbual biasa. namun,itu semua kisah lama. lip lap lip lap, dah pun sem akhir. kini, kisah tersebut terimbas kembali. bila hati tercuit lagi. akk melakukan benda yang serupa. dengan harapan, ada mata dan telinga yang mendengar kata hati. =)

2 comments:

  1. u know...kite mempunyai perasan hati yg same.xyah la luahkan dari mulut...tapi simpan je dlm hati..dgn mengharap,mungkin die akan jadi milik kite nanti...nice ur blog...:-)

    ReplyDelete
  2. hee...terima kasih di atas komen anda. lepas ni nak molek kan lagi bahasa..=)
    hanya mampu melakar senyuman di bibir..=)

    ReplyDelete