Sunday, July 31, 2011

sunway lagoon for real!!

mood: MySpace happy sesangat!
location: sunway lagoon water park!

assalamualaikum..wbt.

alhamdulillah akhirnya, angan-angan nak mandi kat water park ni tercapai. hampir-hampir tadi niat nak pergi ditunda lagi. sebabnya, awal pagi tadi shah alam dihujani rahmat Allah yang lebat. walaupun kami bertolak sangat lambat dari plan asal, kami tak kesah dah. sebab lambat macam mana pun, kami kena teruskan jugak!

awalnya, kami rancang nak amek pakej 5park( all park include water park, wild park, amusement park, extreme park & scream park). tapi disebabkan hampir pukul 12 noon sampai sana, kami tukar rancangan.amik package 3park je. takut tak sempat nak main semua. biar lah. janji jangan sampai dikatakan, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. biar sikit, janji puas! =) *alhamdulillah~ rasanya hampir semua tempat kami dah kunjung.

berbekalkan dengan 3 biji moto, kami pergi. merentasi lah laluan moto menuju ke sunway. separuh perjalanan, kami kena tahan. ada pulak pakcik polis trafik tahan kami. biasalah, kerja polis.cek-mengecek. mula dengan paie, lepas. zarul lepas. tapi sampai kat giliran tnesh,tidak. rupanya lesen dia dah mati.lupa renew lesen. kecian. kemudian, suasana riuh bertukar sunyi seketika sepanjang perjalanan.

sampai sana, memasing dah start menggila. seperti kekanak riang terlepas tak boleh dikawal. lupa dah apa yang berlaku dalam perjalanan tadi. memasing mula main sesimbah, lepas tu tercetuslah perang air. habis hidung, mulut dan mata masuk air. tapi yang paling kecian, ada tu sampai koyak baju sebab ganas sangat mandi. sangat keciannn!! tu lah comel sgt.

tapi sebenarnya, kami semua kesian . sebab sunway ibarat tempat yang sangat asing bagi kami. (memang asing pun! XD) hanya berbekalkan sehelai sepinggang, bersama anak kunci dan wristband. berjalan merentasi park ke park. sebab excited sangat, simpan barang dalam loker sampai terlupa ambil duit untuk makan. sangat kasihan. satu hari tahan lapar, sebab nak habiskan semua games. memang terbaik.


ini adalah sedikit gambaran selepas penat main hampir kesemua permainan. tired, hungry and need to change our cloth. =)
















































cak!! kami sudah mandi.


ini adalah proses pemilihan gambar terbaik untuk dijadikan sebagai kenangan.
MySpace






























cak!! cak!! kami tukar baju sudah..
haha~ ini adalah selingan disebalik kejadian.






















habis dah..











akhirnya, habis juga menaip.
tata. jumpa lagi lain kali. MySpace terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca. fin~






Saturday, July 30, 2011

perancangan ke sunway

mood:MySpace (teruja)
location : bilik tempat biasa melelapkan mata
target: sunway lagoon water park


awal pagi 9am tadi ada class. tapi cancel. naseb baik tak keluar rumah lagi. rupanya class dah dibawa ke sebelah petang.3pm. miss lupa tampal memo kat board. jadi akk amek keputusan ajak nisa keluar. kecian dia. dah jarang keluar lepak bersama.
kami keluar beli barang. sambung niat kami yang terkendala semalam. mulanya semalam, nak pergi teman beli sweaters. hurm, tukar plan last minit. sekali tengok harry potter daaa~. jalan ceritanya best! sweet ending dia.** rasa macam nak tengok lagi!!

jadi, kami pun keluar bersama tadi. tahu lah kalau perempuan dah keluar. shopping lahhh!!

jengah-jengah vincci, ada sale! try-try pakai, bayar.
pergi rak baju. belek-belek t-shirt, rembat.
intai-intai lotion , dah kena sapu.
usha-usha mask, hambek, beli dua sekali.
hurm.... perempuan. memang sukar dikawal. niat hati nak cari sweaters jew~ bila sekali dah keluar, ada saja menda lain pulak di belinya. haha! adessss~ habes ringgit malaysia akk.. tapi tak apa. keperluan hari mendatang jugak kan~

ringgit..ringgit.. ringgit~

hurm..

nak tahu apa yang dibeli sampai banyak rm keluar?

haha..

ini dia..

tarra~
(maaf, gambar lupa nak rotate.ini adalah antara menda yang dibeli)
ringgit ringgit ringgit~ fuhhh~
belanjawan ringgit untuk kegunaan masa depan.. MySpace
MySpace

*uit uit~ baru lepas balik khulafah. baru lepas selesai tadah telinga untuk sorang kawan ni. keciannnn~ angan-angan dah ada. idea dah disumbang.cuma tinggal laksanakan saja.
tangan di dada, mata ke langit. auuichh~ sentap mak jemah! haha..=)
MySpace selamat malam. crew~ jumpa esok.kita mandi ramai-ramai..tata~

Wednesday, July 27, 2011

laptop


mood: sejuk sebab hari nak hujan
MySpacelocation: tepi katil tempat tidur.

uit uit~ haha.. selamat pagi!! **pagi ke? haaa~
hari ni, ada satu kelas ja.tapi pagi tadi, nisa text. kata class cancel. madam mc. patut berat ja badan nak pergi. malas. =)

bangun2 dah menghadap laptop. hurm, laptop yang pernah disia2 kan kehadirannya. kecian laptop ni. kalau dia pandai merajuk, mesti dia dah buat muka. **macam tnesh. MySpace
apa yang penting, akk xmo sia2 kan dia sepanjang hayatnya.

setelah diberi sentuhan peribadi. besi screen patah dah diganti. jadi, tak lah seperti ayam patah tengkuk. *kena bersandar pada helmet lagi..huhu,kecian~

musti tertanya2 bagaiman rupa dia..

teruk sangat ke? haih~

inilah~

biasa saja..

acer si laptop~


**laptop pemberian (pinjam) abang sayang yang kini menjadi harta milik.ish~
uit uit~ project paper tak sentuh lagi. boleh pulak main blog. journal journal journal~i need u T_T

MySpace

hati

mood: suam2 ceria
location: bilik baru, rumah sewa.

dah berapa malam berturut, balik lewat.ishhh~ sangat busy. nak kata kerja, dah lama berhenti. nak kata buat business, tidak lah. masuk hari ini saja, dah tiga hari berturut keluar lepak bersama kru taekwando. seronok memang seronok. dapat kawan-kawan seperti mereka. malahan, kami sangat mesra. gelak tawa, suka duka. dengan dugaan yang melanda club, tidak sesekali mematahkan semangat kami. malah, kami lagi bersatu hati. bak kata sir, kami ini satu family. sir sayang family sir. *akak pun sama jugak.. akak sayang semua..

semalam, hari selasa. sir invite kami, budak seksyen 7 datang meriahkan suasana sparring training dengan bestari jaya. hati berat pada mulanya, sebab kerja banyak bertimbun. tapi pada masa yang sama, melonjak gembira sebab dapat melawat kampus lama. yelah, banyak kenangan tersimpan dalam kotak fikiran yang ada diantaranya tidak boleh diceritakan.. **hanya mampu tersenyum lebar.

tak sangka.

sepatutnya setiap hari isnin saja boleh buat latihan. seminggu sekali. ini, dua hari berturut sudah. hurm, tak mengapa. semuanya kami buat sebab sir. kami anak-anak didik sir, sayang sir. insyaallah, kami akan lindungi sir kami dari virus seperti "kaviti".

rabu menjelma,

datang gila azarul. tetiba ajak kami lepak pergi karaoke. kata nya, untuk hari-hari akhir sebelum ramadhan menjelma. baiklah. menurut saja, walaupun berat hati sebenarnya. setelah dipujuk rayu, ok lah.menurut lagi. kami enjoy! and the end of. terima kaseh kepada yang menceriakan keadaan. lain kali, kita keluar bersama lagi ye. =) *sorry kalau akk emo mlm tadi.

tapi sebernanya, akk ingin bercerita pasal hati. mesti ada yang terpikir,kenapa hati?? pagi-pagi buta begini. =)
bila bercerita pasal hati, masing-masing ada caranya tersendiri untuk menceritakannya. hari ini, hati akk terusik lagi. mungkin kehadiran akak, ada yang tak disenangi oleh orang disekeliling.*yelah, sapa jelah yang suka kita kan? kita pun tak tahu siapa dan mengapa.

hati...

bila hati kita baik, kita akan buat yang terbaik.
dan bila hati kita busuk, ramai akan lari walaupun tak terhidu.
hati ini ibarat kaca. kalau kita pandai jaga, cantik lah dia. bersinar kilauannya dari jauh.
tapi jika kita tak pandai menjaganya, calar lah ia. sompek. dah tak cantik. kilauannya pun, dah tak seperti asal.
bila dalam gengaman, dia akan selamat. tetapi, bila dilepaskan, hancur berderai..

pada asalnya, hati kita ni lembut. senang berubah sekiranya ingin berubah. cuma perubahan tu, kadangkala tak boleh diterima. contoh ternbaik, apabila disakiti, hati tu dah tak selembut lagi. proses pembaikpulih membuatkan hati kita bertambah keras. dan begitulah seterusnya bila hati yang disakiti pulih. keras dan bertambah keras.
akhirnya, sampai satu tahap hati akan menjadi keras yg amat.
bila hati dah keras, payah la. sebab dah tak selembut lagi seperti dulu. dah terlambat.
pengajarannya, jangan biarkan hati kita sekeras batu. sebab bila keras, hati payah nak terima teguran orang, cepat melenting, cepat emotional, fikiran pun tak profesional.

jadi, jaga lah hati. jaga hati dan jaga hati. bukan setakat hati orang, hati kita sendiri. *asik nak jaga hati orang saja. bila nak jaga hati sendiri? kan?
renung-renungkan dan selamat beramal..hah~

Monday, July 25, 2011

family baru

mood: puas
location: bilik aktiviti (unisel sa)

heee~ fuhhh! alhamdulillah.lama tak berpeluh macam tadi.. harini ada kelas taekwando. kelas yang dinanti-nantikan setiap minggu. mana tak nya, lepas kelas ja, mesti lepak ramai-ramai, makan. kalau tak pun, minum. ok lah~

penat..

tadi sir buat latihan utk sparring. seriously best! sebab dah pandai dah buat 360 darjah. haha (walaupun tak kemas lagi). tak apa. practis make perfect! tak apa. lain kali kelas, nak belatih bersungguh-sungguh lagi. apa pun boleh, janji ada usaha, ada minat. semua pun boleh. bukan gitu?

kelas hari ini ada student baru. tapi dia senior. pergh!! kick dia memamg power. durm durm... kelas ja bunyi kick dia. nak belajar skill dia. hehe~

erk~ sudahlah. tido awal.esok nak buat research paper. banyak kerja tak siap lagi kak weh...

**malam memang best.tapi siang lagi best. apa pun tak mahu lepas kan keindahan malam. syok, mahu tidur dengan nyenyak. esok kena bangun awal sebab banyak lagi urusan yang belum diselesaikan.

Sunday, July 24, 2011

acer si laptop

mood: hurm~ sedikit hampa
location: kampung halaman lagi

niat balik rumah memang mengharapkan membawa pulang laptop. bila sampai rumah, mak kata adik tak tinggal laptop. dia amik balik, bawak balik laptop. memang la laptop dia. tapi haritu dia juga beria kata tak guna. boleh pinjam kawan. tetiba ja bawak balik. hiah~ munafik.kalaulah sekarang ni banyak duet~

terkilan..

mak kata, abang dah perbaik pulih laptop. tengah hari tadi try la tengok macam mana rupa.
alhamdulillah lah, sebab screen dia xpatah macam dulu dah. tak macam ayam patah tengkok dah. tak perlu sandar pada helmet lagi. haha.. **helmet pun dah ghaib. orang pinjam tak pulang.

mak tambah, baiki tak guna wang banyak.ratus ja. untunglah, ada orang boleh repair.
kalau beli baru, mahu tak ribu gak. ok lah aku kata. aku mengalah, sebab duet memang penghalang.

tapi..

hurm, banyak software tak lengkap. nak bawak balik pun was2. protection virus tak ada. arghhh!! bak balik anti-virus aku!

aku buntu.. esok nak balik dah. assignment project paper tak usik lagi. marah partner. rabu nak kena hantar dah. stress!! kenapalah tak ada yang mengerti...

aku perlukan laptop! =(

Saturday, July 23, 2011

durian Vs manggis

mood: kampung time!
location: kayu ara pasong


tahu kah anda,apakah menatang ini? nge~


haha! arini sarapan durian.mmg terbaek! lepas melantak 2 ulas, bukak lagi 2 biji. datang abg, belah lagi 2 biji. total makan, tak kira lah pulak. haha
lepas makan durian, manggis pula jadi perhatian. hitam hitam si tampuk manis, hitam diluar, dalam juga ada manis! haha**senget. tetiba terlintas pantun ni.kah3!

tengah2 makan, teringat pulak pada kawan2 laen.keciannnn~ tu lah, ajak mai xmo. sapa rugi.. yum3~ sat g round kedua pula..

habis makan, itu dia datang mood. muat naik gambar dalam ini entri...hurm malang~ USB xle baca la pulak! sedih... =((


petang tadi abang2 sayang rajin pulak. yeah! rumah kami dah upgread. pasang filter air. syok lah, sebab salur paip pun tukar baru. baru puas mandi lepas ni. hee~




inilah gaya mereka. hensem kan?? **sambil tersenyum lebar~ =)dah la..nak pergi sambung makan dorian! yeah3! percutian jangan sesekali disia-sia kan.
kemudian nak pergi petik manggis. sapa mau ikot?? jum3!! =)

alhamdulillah~ tak larat dah na telan banyak2, even banyak lagi tak makan.



esok sebelum balik, nak makan lagilah. haih hantu durian..keciannn~

Saturday, July 16, 2011

minggu tekad siswa (mts)

mood: minggu tekad siswa (mts)
vanue: unisel bj

sampingan: roti mts plus gula2 kapas pink dan tropicana twister
material: zarul's laptop

alhamdulillah.niat hati yang nak sangat join mts dah pun tertunai..
mungkin ini first and last.walaupun jadi fasi ad hoc tambahan last minit.pun jadik lahhh~ orang laen start sabtu, tapi akk datang mlm ahad.memang terbaekkk! jadi,biro lelong sekejap. kah3~ tapi setelah diusha oleh faiz a.k.a penyu dan ibnu, akk ditugaskan untuk tugas2 khas, selama tiga hari. start 12-14hb julai.** akk suke! yeah!! buleh date ngn baby D saya.=)

perasaan..hurm,,

seronok! tak tergambar, tapi jangan risau.banyak gambar akk ambil. apa pun, akk seronok dpt kenal dan menjadi sebahagian daripada keluarga mts kali ini. mungkin akk tahu, akk tak banyak membantu dalam menjayakan mts ini.tapi, akk harap sesangat kehadiran akk dapat menceriakan sedikit suasana. =)

ada orang kata, mts ni bosan. tak best. tak seronok. tapi mungkin ada betulnya. dan mungkin ada silapnya. apa pun, itu semua terpulang kepada individu untuk menilai. kalau ada orang tanya akk, hurm best! sebab dapat jumpa kenalan lama dan mengenali kawan baru! =) suke suke suke~

orientasi..

bagi akk, orientasi hanyalah pengenalan. usaha memperkenalkan unisel kepada ahli keluarga barunya. berkenaan fakulti, ptptpu,registration, dan sebagainya. tapi kan kalau ditanya semula, orang tak akan alert pada info yang diberi. tetapi pada orang disekelilingnya. contohnya, time orientasi lah siswi kenal siswa, siswi kenal siswa. hurm, biasalah. lumrah.. **yang sedang
membaca entri ini pun, mesti ada kenangan kan kan.. =)

di sini akk selitkan beberapa keping gambar yang menarik, sepanjang mts di unisel bj.

sepanjang hari isnin









event: malam tekad siswa (selasa)

owh tidak.gambar akk kat siti. tak ambil lagi..=(
akk upload laen dulu eh..

sepanjang hari rabu.


erk~ esok akk sambung eh..tuan punyer laptop dah dtg jemput balik laptop dia..uhuUuu~ **jgn rampas kebahagiaan akk..=(




Saturday, July 9, 2011

tabung laptop

mood: kacau~
listen: kipas yg bising
location: umh sewa indah nan permai

baru sat tadi akk dpt ilham..hurm, monte carlo muvie. by salena gomes. pelakon utamanya yang memegang watak Greece. dia seorang graduate tapi nak vacation tak ada duet. jadi, dia buat satu tabung dekat tempat kerja sambilannya, melancong ke paris, town of love. di pendekkan cerita, tabungnya penuh dah impian pergi melancong ke Paris tertunai **even cikai vacation..uhuuu~

tapi bukan itu akk nak kata.

hurm, kalau lah akk berpeluang buat benda yang sama.. letak tabung kaca kat umah..bolot kemas2, bubuh reben chantek2.. pastu tulis kat depan tu, "tabung laptop". agak2 dapat tak tabung tu penuh. dan beli laptop baru.. warrgghhh~
**tetiba terasa macam nak curik apple sebijik... bestnya kalau dapat..uhuuu~

~ mau siap2 pergi keja.nanti nisa sampai tak siap kena marah pula.
..im coming.owh appearal ~

Tuesday, July 5, 2011

taekwando dan akak

mood: exhausted ~
location: mcd lagi..
listen to: penakut by yuna


dah lama akk na cerita tentang club kami. taekwando club.
sejak akk pindah kampus shah alam, byk perkara menarik akk terlepas untuk join. kalau dulu semasa di kampus bj, akk aktif dengan rakan muda. macam2 aktiviti akk boleh buat dan arrange untuk rakan muda. hidup di dlm suasana kampus mmg best~ tapi itu dulu. sekarang sudah berpindah di kampus sA. nak tak nak,kena lalui juga.

satu hari, akk buat keputusan nak bergiat aktif dgn satu kelab ni. namanya tidak asing bagi yg tahu kewujudan kelab ni. taekwando club. mmg seronok dapat jadi sebahagian daripada mereka. walaupun bilangan ahli kumpulan ni sedikit, tapi akk suka. terasa seperti mahu kekalkan saja bilangan ini.uhuu~

tapi for the future, tak best lah.sebab akk dah tak ada. sapa pulak nak hidup kan kelab ni kan..hehe~ thanks for paie. i like her so much since i meet u when we r on first sem. i like the way u dress.simple. u so kind. cute for sure. but what ever she is, i' am very appreciated because i had change knowing u. **sbnarnya bukan itu yg akk nak cerita.laen kali akk citer paie saja eh..uhuhuu~

apa pun, thanks to her because kenalkan akk pada taekwando. biasalah,org kalau tak ada kawan, mesti rasa berat nak join kan. heee~ same as me. di sebabkan dah tau ada kawan, jadi tak lah segan sangat..uhuu~
i love taekwando...=)

dari itu, akk kenal tnesh. azarul dan sir. lepas tu barulah kenal yg lain2.. pa'ah, tisu, man, syakir etc~

tapi yg paling best, kami (paie, tnesh n zarul) dapat hang out bersama.memang best. hehe~ rancang nak tgk wayang plus bowling konon.bowling ke mana, wayang ke mana..kah3~ anyway i'am happy that day..=)

masa tournament hari itu, sempat ja akk curi2 masa ajak main kayak. seronok.

location: tasek unisel bj.
talent: akak weird+ zarul +tnesh
special thanks to lela majnun (sebab tolong snap pic kami)




laen kali akk upload pic lagi eh.sebab akk na balik dari pertapaan ini dan siap2 untuk kerja.uhUu~ i'am already late!!

i miss u double A

mood: rindu~
location: mcd

entah kenapa tetiba perasaan rindu pada si bulat datang semalam. mungkin melihat baju2 yg chomey sekeliling kot~ chantek dan cute. sama macam dia..

semalam buat pertama kalinya pergi mengutip allien kat kounter..haih~ malu ya amat.=_='' my first and last! im so embarrassing when do that. na balik awal punya pasal.kah3~ jadi, nak cover malu,gelak kuat2.. poor to nisa sebab jadi mangsa keadaan..hee~ bestlah! sempoi.that's y i like u girl..=)

my lovely A..si bolat~

saya teringat gigi kamu. besar dan putih.
cara kamu senyum. manja dan chomey..
saya mahu hug & cium kamu...
saya rindu kamu~
my sweet~ tunggu saya ya

budak comey..saya rindu kamu. semalam saya beli baju 3 pasang untuk kamu. tak sabar na tgk kamu pakai. mesti chomey kan..
bila bayar kat counter, adek cashier tegur, "beli baju kat anak ke??"
"hehe~ ya" saya jawab.
"ish,takk kan lah.akk muda lagi.berapa umur akak??" ..
"23tahun"..
"mudanya.cepatnya kawen"
"haha..*sambil tersenyum lebar"
"ha~ bukan kan.ni mesti ...."
"anak buah" ...jawab kami serentak...
kami pun gelak bersama..hehe~

buat si abg. cha ti da belikan berus gigi baru untuk kamu.sponge bob squarepants. lepas ni kena rajin2 gosok gigi tau.. tak boleh malas2 lagi, hehe~
mohd alif zafran

double A. alif and akif..both of u,i love u.













mohd akif zafri



auntie miss u~ <3