Monday, August 22, 2011

disebalik Gades Semasa

Mood:MySpaceMySpace


hari ni nak kongsi sedikit, kenapa akk suka lagu ini...


Oh begini rasanya cinta

Bila diagung-agungkan kuasanya

Dan aku begitu naif untuk dirimu

Kerna usia


Oh sekarang bukannya masa

Untuk kau ungkit lagi salah siapa

Dan engkau terlalu ego untuk diriku

Kau memang begitu


Bukalah mata oh

Yang selama ini kau pejamkan

Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah

Buang curiga yang telah lama kau simpan

Yang mungkin memudaratkan mu


Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyanyangi diri mu


Kau mahukan gadis semasa

Yang bisa memberikan kau segalanya

Dan engkau tak mampu melihat

Apa yang ada di depanmu


Kau mahukan perubahan dunia

Tetapi pada aku kau sama saja

Dan engkau terlalu ego untuk diriku

Kau memang begitu


Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi diri

Terlalu menyayangi diri

Terlalu menyayangi dirimu


hurm..semua orang rasanya dah tahu kan lirik di atas ini milik siapa. nak tahu tak kenapa akk suka? sebab liriknya bermakna.

dulu semasa sem satu, akk ada minat seorang teman ni. akk pun tak tahu kenapa. kalau nak diikutkan, tak ada pun yang istimewa.hensem tu, tak da lah. rupa dia biasa ja.sedap mata memandang orang kata. tapi, mungkin akk minat cara dia. salah satunya, dia seorang yang hormat perempuan. yang itu akk suka. =) sekarang ni tak ramai orang yang ambil kesah pasal ni.kan..


hurm, gades taurus memang mudah jatuh hati..


pada suatu hari, dia bagi lagu. katanya hasil gubahan dia sendiri bersama rerakan. akk terharu sesangat bila mendengarnya. macam tau-tau ja akk memang sukakan muzik. setiap masa hampir setiap jam akk putarkan lagu tu. Sampai satu tahap, kekawan rumah boleh hafal lirik lagu dan nyanyi bersama. sejak hari tu, perasaan cintakan muzik makin melonjak. akk makin suka mendengar muzik. dalam masa yang sama, akk terjumpa lagu seperti lirik di atas. liriknya yang tersurat membawa satu maksud tersirat. ianya hebat!


hurm, dan seperti biasa, perigi tak cari timba. orang kata, banyak caranya kalau kita nak tunjukkan perasaan kita. salah satu cara, muzik. satu kajian mengatakan, orang kelahiran mei gemarkan sastera, muzik dan melancong. memang tepat. dan setiap kali akk teringatkan dia, akk mainkan lagu ni. sweetkan bila dengar? tapi biarlah ianya menjadi rahsia sendiri. melakar senyuman seorang diri. dia pun mempunyai pilihan hati. jadi tak nampak perlunya akk menonjolkan diri. =)


kini perasaan tu hilang menyepi. sedikit demi sedikit lenyap dibawa pergi. tatkala memasing sibuk membusykan diri. lagu yang bermain difikiran, tidak lagi membawa pengisian lagi. apa pun akk bersyukur, dia masih bergelar teman. kami masih berhubung dan berbual biasa. namun,itu semua kisah lama. lip lap lip lap, dah pun sem akhir. kini, kisah tersebut terimbas kembali. bila hati tercuit lagi. akk melakukan benda yang serupa. dengan harapan, ada mata dan telinga yang mendengar kata hati. =)

Wednesday, August 3, 2011

pemberian

mood :MySpace MySpace
location: dari hati


assalamualaikum..=)

kali ni, nak kongsi sikit, barang pemberian orang. sebagai tanda penghargaan lah katakan. chantik kan gelang kat atas ni? simple but so nice! terima kasih~

ini adalah pemberian daripada seorang teman. ole-ole sabah katanya. seriously, sangat terharu sebab ada orang ingat kita! dah lama rasanya tak terima pemberian orang. terharu sangat. sentap mak jemah~

kalau nak tahu, dia sorang budak yang baik. comel pulak tu. perkenalan kami disebabkan minggu tekad siswa (MTS). sangat singkat kan. tapi akk nak puji. sebab dia cepat dan sangat mesra. tak sangka, cuti-cuti pun, masih ingat kita.

semalam akk pergi BJ lagi. ikut kelas training sir. memang kami dah rancang nak jumpa. tapi, tak tahu dia bawa buah tangan bersama. bila dia berkeras nak jumpa, sebab nak bagi sesuatu, akk terpikir makanan je. haha~ mood puasa, jadi memang ingat makanan je.

apa pun, heehee~ terima kaseh siti humairah. a.k.a ct pororo..
*wewEe~ saja nak mention nama dia kat sini.. terima kaseh daun keladi! <3

Tuesday, August 2, 2011

harapan ramadhan

mood: ramadhan MySpace
location: shah alam

syukur alhamdulillah~ .

ramadhan..
tahun ini kita dapat bersua lagi.
kekasih yang hilang, muncul kembali.
kekasih yang dinanti, datang dan pergi.

ramadhan..
kehadiranmu membawa keinsafan
kehadiranmu membawa seribu satu pengertian,
terhadap setiap mahluk ciptaanNya.
pastinya kehadiranmu adalah satu peghormatan.
kerana hadirmu membawa keberkatan dan kemulian.
datang mu membawa rahmat di setiap pelusuk alam.

ramadhan..
setiap tahun aku berharap dan berdoa,
mendapat rahmat dari yang Esa.
agar bertemu jodoh dengan lailatur qadar.
biarkan lah aku semalam dengannya.
kerna sesungguhnya, hanya segelintir umat sahaja mampu merasakannya.

ramadhan..
genap sebulan, kau akan pergi meninggalkan aku lagi.
kau akan biarkan aku sentiasa menanti
apa yang pasti setiap detik bersamamu, aku akan sentiasa merindui.
sesungguhnya aku tak akan sia-sia kan peluang yang ada.
memanfaatkan kehadiranmu selagi ada.
biarlah rindu menyusuk jiwa.
biarlah hati rasa bahagia.
hasrat hati mahu sentiasa bersama.
kerna aku tak tahu dan dapat menjangka,
di lain kali, kita mampu bersua semula.


uit uit~

ini adalah lirik sebuah lagu.
pasti semua dah tahu lagunya (muzik) bagaimana..
kata-katanya sangat indah.
jadi, hayatilah lirik lagu ini.. =)

Raihan-Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua..

ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥​ ♥░▀█▀░░░▀█▀░▀█▀░▀█▀░░▀█▀▀▀▀█░♥​ ♥░░█░░░░░█░░░█░▄▀░░░░░█░░░░░░♥​ ♥░░█░░░░░█░░░█▀▄░░░░░░█▄▄▄░░░♥​ ♥░░█░░░░░█░░░█░░▀▄░░░░█░░░░░░♥​ ♥░▄█▄▄█░▄█▄░▄█▄░░▄█▄░▄█▄▄▄▄█░♥​ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥ ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫