Tuesday, December 25, 2012

Oh Shah Alam

mood: kesal.
location: ampang. (my 3rd home)

Fuhh~ rasa macam tertipu pun ada gak. tak pasal-pasal aku terdampar kat ampang.Plan punya plan, kata nak tengok lampu lip lap bagai, lastly, ini yang jadi. nice lah! esok kerja. apa pun, aku kena cari jalan balik sana sebab, aku ada tanggung jawab. tanggung jawab terhadap kerja. hurm, tak kesah lah. big bos tak gemar aku. nak replacement lagi. it's ok. that is ur company bapak kau. bila-bila masa ja kau boleh amik dan buang orang yang kau rasa tak sekepala.
argh! tak nak cakap pasal tu.

yang penting sekarang ni, kena tidur awal, bangun seawal pagi yang buleh, dan berlari balik shah alam.

hurm, harap-harap aku demam esok. adalah 'alasan' kukuh nak bagi kat bos. tak lah dia pandang serong kat aku. (owh, adat dunia. hidup ini membulat. dulu di atas, kini dipijak)

ok. anyway akk kena think positif. elok jugak 'terdampar'  kat sini. buleh sembang lama, chit chot dengan makcik sporting akk nieh. hik3~

xoxo~

Sunday, October 7, 2012

Mood Konvo

mood: konvo
location: dalam rumah

Tanggal 13 October 2012 akan menjadi tarikh keramat dalam hidup akak. Selama 3 tahun setengah belajar, ini lah tarikh yang dinanti-nantikan. Tinggal lima hari lagi untuk hari bersejarah itu. Tapi biasalah, sebelum menunggu hari tersebut tiba, akak ambil mood dulu! Yeah!! (pada hal buat-buat je ni)
bayangan 









bersama kawan baik
Nisa nama diberi. Dialah di antara sahabat yang susah senang bersama meredah Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia bersama-sama. Ke kelas, library, shopping, dan tak kurang kawan berjimba.


OOOoo~


grrr~

ouch~


chup!
Inilah diantara ragam  dan detik-detik dua sahabat baik bersama.





senyum terpaksa~





Serunuk serunuk jugak, tapi akak tak tahu nak bagi kad jemputan ini kepada siapa. Sebabnya kemungkinan besar mak dan ayah tak dapat datang pada hari tu nanti. Abang dan kakak? pun tak tahu dapat datang atau tidak. Ini maknanya, akak akan konvo sesorang la nanti. yEah! serunukk...huhu~~
xpa lah, nanti kalau akak ambil master, mereka wajib ada. Insyallah.

Jemputan 7th Convocation Ceremony

Hari pertama Sidang 1 , pagi.


Sesiapa yang tak ada hal pada hari tersebut, jemputlah datang memeriahkan lagi sambutan konvo ni nanti.
bye.tc~

Tuesday, July 24, 2012

ragam

mood: lapar ~~
lokasi: office
listening: Jason maraz~ i'm yours
MySpace

Lama rasanya tak membebel dalam blog. rindu rasanya. haha~ **perasan ada orang stalker .
Hari ini, masuk hari ke empat umat islam menyambut ramadhan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akak dipanjangkan nyawa menghirup udara lagi.
Kalau di hitung, tup tap tup tap, dah hampir empat bulan akak merasa dunia kerja yang diimpi2 kan graduated, iaitu orang bekerjaya. Tatkala sibuk melayan 'kerja', angin rindu datang tidak semena2. Rindu akan alam kampus. Rindu kawan sekuliah. Rindu nak hang out. Rindu berovernite selepas mts. rindu bergosip. Argh! rindu rindu rindu. Perasaan yang tidak boleh diungkap.

Beza. Dunia kerja memang berbeza. Nama je rakan kerja. Tapi masing2 ada matlamat dan kepentingan diri. Bagus jika dilihat ada sikap bersaing sesama sendiri. Tapi kalau maju untuk menjatuhkan orang, tak baguslah gitu. Apa yang akak perasan, dalam 'alam' ni, ada yang jujur,ada yang lurus, ada kelingking berkait dan tak lupa lidah bercabang. Hurm, rambut sama hitam, hati lain2~
Macam2 ragam. Adat manusia. Punyai hajat, mengampu ja kerja. Bila dah terkena, terduduk seketika. Tapi, jangan mengugut bila dah tergugat.

Orang berkepentingan.

Ada kuasa. Ada pangkat. Ada nama. Lagaknya seperti tuan. Ya, kau memang tuan! Tapi bukan tuhan. Perlu berkemanusiaan. Bila kau berkepentingan, kau ampu. Bila kau suka, alhamdulillah. Tapi bila benci? bila kepentingan mengatasi keinginan, kepentingan di tolak ketepi. Tolak orang sesuka hati. Yang penting hati puas. Asal kehendak diri, dikecapi. Ada kuderat, ada kuasa. Semua boleh. Tiada siapa buleh sangkal?

Lagak manusia

Akak sedar akak sementara. tempoh kontrak hampir ke penghujungnya. Esok lusa giliran menjelma. Tapi akak terima dengan hati terbuka. Rezeki ada dimana2. Akak percaya, rezeki Allah beri. Ya Rahman Ya Rahim, Engkau yang Maha Mengetahui yang ada di alam semesta ini. Sempena bulan Ramadhan ini, Engkau limpah kurniakan lah rahmat ke atas hambamu ini, permudahkan urusanku di dunia mahupun di akhirat. Amen~

**berlari ke bazar. mencari juadah menjamu tekak. ^^ selamat berbuka!!