mood: ramadhan 
location: shah alam
syukur alhamdulillah~ .
ramadhan..
tahun ini kita dapat bersua lagi.
kekasih yang hilang, muncul kembali.
kekasih yang dinanti, datang dan pergi.
ramadhan..
kehadiranmu membawa keinsafan
kehadiranmu membawa seribu satu pengertian,
terhadap setiap mahluk ciptaanNya.
pastinya kehadiranmu adalah satu peghormatan.
kerana hadirmu membawa keberkatan dan kemulian.
datang mu membawa rahmat di setiap pelusuk alam.
ramadhan..
setiap tahun aku berharap dan berdoa,
mendapat rahmat dari yang Esa.
agar bertemu jodoh dengan lailatur qadar.
biarkan lah aku semalam dengannya.
kerna sesungguhnya, hanya segelintir umat sahaja mampu merasakannya.
ramadhan..
genap sebulan, kau akan pergi meninggalkan aku lagi.
kau akan biarkan aku sentiasa menanti
apa yang pasti setiap detik bersamamu, aku akan sentiasa merindui.
sesungguhnya aku tak akan sia-sia kan peluang yang ada.
memanfaatkan kehadiranmu selagi ada.
biarlah rindu menyusuk jiwa.
biarlah hati rasa bahagia.
hasrat hati mahu sentiasa bersama.
kerna aku tak tahu dan dapat menjangka,
di lain kali, kita mampu bersua semula.
uit uit~
ini adalah lirik sebuah lagu.
pasti semua dah tahu lagunya (muzik) bagaimana..
kata-katanya sangat indah.
jadi, hayatilah lirik lagu ini.. =)
Raihan-Harapan Ramadhan
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua..
ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥ ♥░▀█▀░░░▀█▀░▀█▀░▀█▀░░▀█▀▀▀▀█░♥ ♥░░█░░░░░█░░░█░▄▀░░░░░█░░░░░░♥ ♥░░█░░░░░█░░░█▀▄░░░░░░█▄▄▄░░░♥ ♥░░█░░░░░█░░░█░░▀▄░░░░█░░░░░░♥ ♥░▄█▄▄█░▄█▄░▄█▄░░▄█▄░▄█▄▄▄▄█░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥ ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫
No comments:
Post a Comment