listen to: alhamdulillah. (dari seberang)
assalamualaikum...
Sekarang jam menunjukan pukul 2 pagi. Awal pagi seperti sekarang ni memang sunyi. Mungkin semua orang tidur awal nak undi awal esok kot? mata akak dah ngantuk, tapi tahan mata xmau tido. huk3~
Tanggal 5 Mei 2013
Hari yg ditunggu-tunggu telah tiba. satu lagi tarikh penting yg akan diingati dlm sejarah Malaysia.Apabila tamatnya sepenggal pemerintahan dan pentadbiran oleh kerajaan yg lalu, hari ini akan menjadi permulaan dan penentu segala-galanya. Di mana rakyat akan keluar lagi untuk membuang undi dan membuat pemilihan.
Proses pengundian adalah sejenis bai'ah, iaitu pengakuan taat setia. Ia merupakan suatu usaha untuk membentuk pengagihan kuasa yang benar dan adil. Semua ini adalah proses yg perlu dilalui untuk mengetahui dan memilih semula tompok kerajaan negara selepas ini. Segala-galanya akan terungkap esok. Kuasa rakyat. Penentu segala-galanya.
Adakah mengekalkan kerajaan yang lama atau kerajaan yang baru?
tepuk dada tanyalah selera.
Saat ini, akak masih tak mampu untuk memilih siapa calon pemimpin yg benar-benar berjiwa rakyat, membela Terlalu banyak info baik buruk calon-calon yang bertanding mewakili parti yg tak pasti kesahihan sumbernya. Banyak lagi rumor tersebar akak rasa. Sampai akak rasa tak tahu nak percaya mana.
Ya ampun.
Seriously, i'm so excited to cast my vote for this upcoming election. This is my first tym to me to do this. Watever is, this is exculy my third tym. haha!! [tetiba cakap omputeh] (Firstly, demonstrasi pilihanraya di PLKN dgn kerjasama SPR Melaka. Second, pilihanraya kampus). Tapi yg itu, impaknya tak lah sehebat yg ini.
Undian yg menyumbang utk pembentukan kerajaan Malaysia pada masa hadapan.
Tapi dlm masa yg sama akak risau. Akak harap akak tidak salah memilih pemimpim. Jika salah mengundi, bertanggungjawablah akak terima buruk baiknya. Siapa yang mewakili parti apa tidak penting bagi akak. Yg akak harap mereka tak mengkhianati kepercayaan yg diberikan rakyat.
Tidak kepada rasuah, tidak juga kepada pemimpin yg zalim dan menindas.
Bismillah~ semoga esok pagi akak dapat membuat pilihan yang bijak dan tepat.
SAYA PILIH UNTUK MENGUNDI. ANDA? BAGAIMANA? :)
No comments:
Post a Comment