location: bilik baru, rumah sewa.
dah berapa malam berturut, balik lewat.ishhh~ sangat busy. nak kata kerja, dah lama berhenti. nak kata buat business, tidak lah. masuk hari ini saja, dah tiga hari berturut keluar lepak bersama kru taekwando. seronok memang seronok. dapat kawan-kawan seperti mereka. malahan, kami sangat mesra. gelak tawa, suka duka. dengan dugaan yang melanda club, tidak sesekali mematahkan semangat kami. malah, kami lagi bersatu hati. bak kata sir, kami ini satu family. sir sayang family sir. *akak pun sama jugak.. akak sayang semua..
semalam, hari selasa. sir invite kami, budak seksyen 7 datang meriahkan suasana sparring training dengan bestari jaya. hati berat pada mulanya, sebab kerja banyak bertimbun. tapi pada masa yang sama, melonjak gembira sebab dapat melawat kampus lama. yelah, banyak kenangan tersimpan dalam kotak fikiran yang ada diantaranya tidak boleh diceritakan.. **hanya mampu tersenyum lebar.
tak sangka.
sepatutnya setiap hari isnin saja boleh buat latihan. seminggu sekali. ini, dua hari berturut sudah. hurm, tak mengapa. semuanya kami buat sebab sir. kami anak-anak didik sir, sayang sir. insyaallah, kami akan lindungi sir kami dari virus seperti "kaviti".
rabu menjelma,
datang gila azarul. tetiba ajak kami lepak pergi karaoke. kata nya, untuk hari-hari akhir sebelum ramadhan menjelma. baiklah. menurut saja, walaupun berat hati sebenarnya. setelah dipujuk rayu, ok lah.menurut lagi. kami enjoy! and the end of. terima kaseh kepada yang menceriakan keadaan. lain kali, kita keluar bersama lagi ye. =) *sorry kalau akk emo mlm tadi.
tapi sebernanya, akk ingin bercerita pasal hati. mesti ada yang terpikir,kenapa hati?? pagi-pagi buta begini. =)
bila bercerita pasal hati, masing-masing ada caranya tersendiri untuk menceritakannya. hari ini, hati akk terusik lagi. mungkin kehadiran akak, ada yang tak disenangi oleh orang disekeliling.*yelah, sapa jelah yang suka kita kan? kita pun tak tahu siapa dan mengapa.
hati...
bila hati kita baik, kita akan buat yang terbaik.
dan bila hati kita busuk, ramai akan lari walaupun tak terhidu.
hati ini ibarat kaca. kalau kita pandai jaga, cantik lah dia. bersinar kilauannya dari jauh.
tapi jika kita tak pandai menjaganya, calar lah ia. sompek. dah tak cantik. kilauannya pun, dah tak seperti asal.
bila dalam gengaman, dia akan selamat. tetapi, bila dilepaskan, hancur berderai..
pada asalnya, hati kita ni lembut. senang berubah sekiranya ingin berubah. cuma perubahan tu, kadangkala tak boleh diterima. contoh ternbaik, apabila disakiti, hati tu dah tak selembut lagi. proses pembaikpulih membuatkan hati kita bertambah keras. dan begitulah seterusnya bila hati yang disakiti pulih. keras dan bertambah keras.
akhirnya, sampai satu tahap hati akan menjadi keras yg amat.
bila hati dah keras, payah la. sebab dah tak selembut lagi seperti dulu. dah terlambat.
pengajarannya, jangan biarkan hati kita sekeras batu. sebab bila keras, hati payah nak terima teguran orang, cepat melenting, cepat emotional, fikiran pun tak profesional.
jadi, jaga lah hati. jaga hati dan jaga hati. bukan setakat hati orang, hati kita sendiri. *asik nak jaga hati orang saja. bila nak jaga hati sendiri? kan?
renung-renungkan dan selamat beramal..hah~
No comments:
Post a Comment