Thursday, September 22, 2011

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

mood:MySpace 
beverage: cubaan untuk berpuasa
sampingan:  lawak pop gang jilid 3 MySpace

Hari ni, akk cari dan terjumpa satu entri. Memandangkan hari ini adalah penghulu segala hari, akk nak share satu info. Kalau diikutkan banyak perkara kalau kita buat hari ini dapat pahala. *harap akk share pun dapat jugak. Insyaallah~ Tapi hari ni akk share satu je lah. Mudah-mudahan dijadikan panduan berguna pakai untuk dijadikan amalan seharian. Insyallah~ amen..


Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.
The Truth!!!
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahankotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalahberkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari
1] jari manis2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))
 renung-renungkan dan selamat beramal~ wallahu a’lam.

Wednesday, September 21, 2011

Demo Vs babies jUnior

mood: hati bercampur baur~ jiwa kacau. MySpaceMySpace
listen to: bunyi kipas dibilik.
beverage: hakim mamak..( naan cheese+air suam=) )

alhamdulillah~syukur..

Lama tak update menatang ni kan..ish~ (pada hal, tak ada sesiapa pun concern..kan. update ke tak~)
Hari ni, akk timba pengalaman baru. Bertemankan malam yang singkat di BJ, memacam perkara telah berlaku. Suka berselang dengan duka. Itu yang membuatkan hati bercampur baur. First thing is demo. Buat pertama kalinya akk join team demo. Sempena festival kelab dan persatuan 2011 di kampus Bestari Jaya .

Bila ditanya tentang perasaan...

fuhhh~ lega sebab dah lepas satu event.tapi masih ada lagi dua event. Perasaan gemuruh tu, mesti lah ada. Tipu lah kalau kata tak gemuruh kan. Sebenarnya akk tak rasa gemuruh sangat pun masa buat demo tu. Selamaba. haha~ mana taknya, dengan bersahaja buat rutin walaupun banyak dah silap sebenarnya. Tapi muka cool. ishhh~ malu kot! tak ingat rutin..ades~ matiiiikkk~
Apa pun, selamat sudah demo tu. Dengan bangganya melengkapkannya dengan adegen pecah papan. Sangat bergaya..yeahh!!! =)MySpace

Fasa dua:MySpace
Kalau ikutkan perasaan yang sebenar, akk teruja sangat  nak datang bJ. Mesti orang kata sebab nak dating ngn siang bukan nama sebenar. Bukanlah. Sebabnya nak  merayakan 'baby D'  dapat 'babies' baru.. hurm, tak sempat lagi na bagi nama apa kat dia..=) speed light baru.yeah!! akhirnya, ku miliki jua akhirnya. Suka suka suka.. Sempat tak sempat, sempat jugak lah akk test sekeping dua gambar. lepas tu, bergegas menuju ke 'bk' fakulti. Nak tunaikan hajat orang lah katakan..
kacak tak babies jUnior ni? hehe~ lOve them! terima kaseh!


Fasa tiga: celebrate birthday~ yeah2..MySpace
Happy birthday siti fatimah buah hati pengerang jantung izzat amar..=D . Seronok rupanya perasaan celebrate birthday.haha . Almaklum, akk tak penah celebrate birthday sehayatnya. keciann kan? =) tapi alhamdulillah, mak tak pernah lupa buat doa selamat setiap kali ulang tahun akk. Itu pun dah memadai. Terima kaseh mak!

Maka, bermula lah plan kami yang tak seberapa. Yang penting, telur dan tepung tidak dilupa sama sekali. Tepung tawar dimulakan untuk menyerikan lagi muka. tuuing~ telur dibaling di kepala tapi melantun semula ke lantai. Kelepap! seketol telur kena tepat kat kepala si mangsa. Dan begitulah senario seterusnya. Sesi kejar mengejar dan perang tepung bermula..bila dah penat,memasing baru teringat nak potong kek. hehe.. kali ini, bilangan mangsa makin meningkat. sorang2 kena calit dengan kek, tidak terkecuali akk. Sedap. pipi yang makan~ lagi kesian, rambut adek yang chantek tu kena hurung semutlah malam ni yer..

Fasa empat:MySpaceMySpace
sepatutnya, akk dah boleh tersenyum lebar dengan semua perkara yang berlaku malam ni. Tapi disebabkan hamba Allah seorang ni, senyuman tu terkikis dari bibir. sentap~ Tak nampak perlunya nak naik hangin sebab kecuaian diri sendiri. Siapa suruh tak peka? kalau memang silap akk lah, rasanya boleh ja cakap nicely. org lain pun ada perasaan yang perlu dijaga. jangan disebabkan ketidakstabilan emosi, kita gagal mengawalnya. Last, orang lain jadi sasaran peluru tidak bermata.
sentap~MySpaceMySpace 
Mujur ada insan lain yang bijak berbahasa. Ungkapan sorry sudah memadai, meredakan hati yang panas, dan senyuman dibibir terukir kembali. Terima kaseh.

Terima kaseh sekali lagi kepada insan yang layak diberi penghargaan. =) Hari ni, akk dapat soalan cepu emas yang akk sendiri tak tahu bagaimana hendak menjawabnya. AdesSs~ jawapannya akk simpan dulu boleh tak?. Lain kali  ya akk bagi tahu jawapannya. **harap yang mengajukan soalan, membaca nota ini.

Maaf, hari sudah lewat pagi. Selamat malam semUa. *nanti kalau akk rajin, gambar akan dimuat naik. sayang korang sume untuk malam yang duka bersuka ria. yeah!!
sayang lah  kamu ketat-ketat!! =)

p/s: yang penting, akk dah menyampaikan amanah orang dengan jayanya. =)


Tuesday, September 6, 2011

ang pow raya


mood: raya oh yEah~ MySpace
location: shah alam
beverage : belum lunch lagi =(

selamat hari raya aidilfitri.. salam lebaran semua~

sedar tak sedar ,dah 9 syawal sekarang ni kan..cepat sangat masa berlalu..uhuhuu~
1 syawal mesti banyak kenangan tercipta kan. nanti jumpa bolehlah berkongsi cerita..
raya tahun ni akk suke sesanagat sebab tahun ni boleh la dikatakan terasa kehangatan raya jika nak dibandingkan dengan tahun lepas. anak buah bersepah. riuh rumah weh~ hehe..suke suke suke... even my lovely cousin tak dapat join lagi tahun ni...almaklum, dah berhusband.. raya ikot laki lah.. **bestnya ada laki..haha~ annoying ~

sempat tak sempat la jugak kan~

sebelum naik cuti, balik shah alam, akk snap semua ang pow raya.. ni ja yang akk dapat. tak banyak mana..tapi agak lumayan lah. best! i like! yang penting abang sayang ada bagi. tu yang bertambah sayang kat dia lebih tu..haha~

cuba teka...berapa?? haha~ siapa tepat boleh kongsi sikit wet raya..=)
ni je ang pow raya yang akk dapat. =) terima kaseh daun keladi.ingat dah besar tinggi, tak dapat dah.tapi, alhamdulillah. orang kata, rezeki ada lagi.suke~~~* malu tapi mahu...<3 tahun depan nak lagi!!

p/s: tambah rm10 lagi sebab ada orang bagi lagi masa dah balik shah alam..terima kaseh.=)
uhuhu~ tetiba rasa rugi sebab lupa nak mintak helmet raya kat abang.kan~ macam dia nak belikan lagi la,sebab dah hilangkan dulu..uhuhuu..

maap zahir batin kalau ada silap salah dan cela di atas ayat-ayat yang digunakan dalam blog ni.sekian...*sudah lambat ke kelas..=o
tata~

~terima kaseh sebab akk dapat coklat raya..n_n sangat suka!

Monday, September 5, 2011

beskot

mood:MySpace
location: shah alam
beverage: air mineral
song to: penakut by yuna~


fuhhh~ lega. Bila hati dah terniat, janji dah tertunai, ringan terasa. Walaupun hati selalu disakiti, duduk diam asik diri kena sentap je kan. Akk tak kesah, yang penting akk cuba setia kepada janji dan jujur pada diri. harap pemberian yang tak seberapa dapat menceriakan hati. belajar menepati janji.

Sharing is caring, caring is loving..

Hari ini genap 7 hari syawal dirai. Cuti raya dah habis. perantau dah kembali semula ke kota. macam biasa, suasana kota tak semeriah kampung. Sebab itu akk terduduk mencari-cari kehangatan aidilfitri di kota. Nasib akk ada sedikit buah tangan untuk dikongsi bersama kekawan. Bersusah payah dibawakan khas dari kampung. Berat tu. tapi tak mengapa. Penat cikit ja, sebab kereta yang pikul berat. Lagi pun bila terkenangkan kawan, diri bertambah semangat. Akk tak kesah~

tersenyum..

Suka melihat kekawan yang sudi merasa biskut air tangan sendiri yang tak seberapa. Mungkin dengan cara merasa makanan yang sama, kegembiraan masih boleh dikongsi bersama. Kata-kata indah tidak perlu dizahirkan untuk santapan telinga. Mereka suka, Akk suka! puas~

Malam hampir kepenghujungnya. Tapi akk masih tak melelapkan mata. Mujur kelas tak ada esok. Tapi, mata dah serupa panda lah. hurm~ kena paksa tidur.

selamat malam dunia. akk mahu berlayar ke alam maya.


p/s: semoga persahabatan kita semua tiada akhirnya. =)
yOOsh!! hari ni dpt lagi sekeping duet raya. suka suka suka!.terima kaseh daun keladi. tahun depan harap dapat lagi..yeah! =)
mata aimashu.. janna~ nite! zZz~

Monday, August 22, 2011

disebalik Gades Semasa

Mood:MySpaceMySpace


hari ni nak kongsi sedikit, kenapa akk suka lagu ini...


Oh begini rasanya cinta

Bila diagung-agungkan kuasanya

Dan aku begitu naif untuk dirimu

Kerna usia


Oh sekarang bukannya masa

Untuk kau ungkit lagi salah siapa

Dan engkau terlalu ego untuk diriku

Kau memang begitu


Bukalah mata oh

Yang selama ini kau pejamkan

Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah

Buang curiga yang telah lama kau simpan

Yang mungkin memudaratkan mu


Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyanyangi diri mu


Kau mahukan gadis semasa

Yang bisa memberikan kau segalanya

Dan engkau tak mampu melihat

Apa yang ada di depanmu


Kau mahukan perubahan dunia

Tetapi pada aku kau sama saja

Dan engkau terlalu ego untuk diriku

Kau memang begitu


Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi diri

Terlalu menyayangi diri

Terlalu menyayangi dirimu


hurm..semua orang rasanya dah tahu kan lirik di atas ini milik siapa. nak tahu tak kenapa akk suka? sebab liriknya bermakna.

dulu semasa sem satu, akk ada minat seorang teman ni. akk pun tak tahu kenapa. kalau nak diikutkan, tak ada pun yang istimewa.hensem tu, tak da lah. rupa dia biasa ja.sedap mata memandang orang kata. tapi, mungkin akk minat cara dia. salah satunya, dia seorang yang hormat perempuan. yang itu akk suka. =) sekarang ni tak ramai orang yang ambil kesah pasal ni.kan..


hurm, gades taurus memang mudah jatuh hati..


pada suatu hari, dia bagi lagu. katanya hasil gubahan dia sendiri bersama rerakan. akk terharu sesangat bila mendengarnya. macam tau-tau ja akk memang sukakan muzik. setiap masa hampir setiap jam akk putarkan lagu tu. Sampai satu tahap, kekawan rumah boleh hafal lirik lagu dan nyanyi bersama. sejak hari tu, perasaan cintakan muzik makin melonjak. akk makin suka mendengar muzik. dalam masa yang sama, akk terjumpa lagu seperti lirik di atas. liriknya yang tersurat membawa satu maksud tersirat. ianya hebat!


hurm, dan seperti biasa, perigi tak cari timba. orang kata, banyak caranya kalau kita nak tunjukkan perasaan kita. salah satu cara, muzik. satu kajian mengatakan, orang kelahiran mei gemarkan sastera, muzik dan melancong. memang tepat. dan setiap kali akk teringatkan dia, akk mainkan lagu ni. sweetkan bila dengar? tapi biarlah ianya menjadi rahsia sendiri. melakar senyuman seorang diri. dia pun mempunyai pilihan hati. jadi tak nampak perlunya akk menonjolkan diri. =)


kini perasaan tu hilang menyepi. sedikit demi sedikit lenyap dibawa pergi. tatkala memasing sibuk membusykan diri. lagu yang bermain difikiran, tidak lagi membawa pengisian lagi. apa pun akk bersyukur, dia masih bergelar teman. kami masih berhubung dan berbual biasa. namun,itu semua kisah lama. lip lap lip lap, dah pun sem akhir. kini, kisah tersebut terimbas kembali. bila hati tercuit lagi. akk melakukan benda yang serupa. dengan harapan, ada mata dan telinga yang mendengar kata hati. =)

Wednesday, August 3, 2011

pemberian

mood :MySpace MySpace
location: dari hati


assalamualaikum..=)

kali ni, nak kongsi sikit, barang pemberian orang. sebagai tanda penghargaan lah katakan. chantik kan gelang kat atas ni? simple but so nice! terima kasih~

ini adalah pemberian daripada seorang teman. ole-ole sabah katanya. seriously, sangat terharu sebab ada orang ingat kita! dah lama rasanya tak terima pemberian orang. terharu sangat. sentap mak jemah~

kalau nak tahu, dia sorang budak yang baik. comel pulak tu. perkenalan kami disebabkan minggu tekad siswa (MTS). sangat singkat kan. tapi akk nak puji. sebab dia cepat dan sangat mesra. tak sangka, cuti-cuti pun, masih ingat kita.

semalam akk pergi BJ lagi. ikut kelas training sir. memang kami dah rancang nak jumpa. tapi, tak tahu dia bawa buah tangan bersama. bila dia berkeras nak jumpa, sebab nak bagi sesuatu, akk terpikir makanan je. haha~ mood puasa, jadi memang ingat makanan je.

apa pun, heehee~ terima kaseh siti humairah. a.k.a ct pororo..
*wewEe~ saja nak mention nama dia kat sini.. terima kaseh daun keladi! <3

Tuesday, August 2, 2011

harapan ramadhan

mood: ramadhan MySpace
location: shah alam

syukur alhamdulillah~ .

ramadhan..
tahun ini kita dapat bersua lagi.
kekasih yang hilang, muncul kembali.
kekasih yang dinanti, datang dan pergi.

ramadhan..
kehadiranmu membawa keinsafan
kehadiranmu membawa seribu satu pengertian,
terhadap setiap mahluk ciptaanNya.
pastinya kehadiranmu adalah satu peghormatan.
kerana hadirmu membawa keberkatan dan kemulian.
datang mu membawa rahmat di setiap pelusuk alam.

ramadhan..
setiap tahun aku berharap dan berdoa,
mendapat rahmat dari yang Esa.
agar bertemu jodoh dengan lailatur qadar.
biarkan lah aku semalam dengannya.
kerna sesungguhnya, hanya segelintir umat sahaja mampu merasakannya.

ramadhan..
genap sebulan, kau akan pergi meninggalkan aku lagi.
kau akan biarkan aku sentiasa menanti
apa yang pasti setiap detik bersamamu, aku akan sentiasa merindui.
sesungguhnya aku tak akan sia-sia kan peluang yang ada.
memanfaatkan kehadiranmu selagi ada.
biarlah rindu menyusuk jiwa.
biarlah hati rasa bahagia.
hasrat hati mahu sentiasa bersama.
kerna aku tak tahu dan dapat menjangka,
di lain kali, kita mampu bersua semula.


uit uit~

ini adalah lirik sebuah lagu.
pasti semua dah tahu lagunya (muzik) bagaimana..
kata-katanya sangat indah.
jadi, hayatilah lirik lagu ini.. =)

Raihan-Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua..

ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥​ ♥░▀█▀░░░▀█▀░▀█▀░▀█▀░░▀█▀▀▀▀█░♥​ ♥░░█░░░░░█░░░█░▄▀░░░░░█░░░░░░♥​ ♥░░█░░░░░█░░░█▀▄░░░░░░█▄▄▄░░░♥​ ♥░░█░░░░░█░░░█░░▀▄░░░░█░░░░░░♥​ ♥░▄█▄▄█░▄█▄░▄█▄░░▄█▄░▄█▄▄▄▄█░♥​ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥​ ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫ღ♫