Tuesday, January 15, 2013

dugaan datang lagi..

mood: Setia hujung nyawa -tonton


.....bunyi ringing telefon.. ringtone~~ big bag- fantastic baby kedengaran....
Tatkala akak yang tengah leka melayan drama, bangun. Bangkit dari drama yang sangat melekakan. Owh, budak rumah telefon. jam menunjukan 1:10 pagi. huh? apa mau dia call pepagi macam ni?
M: Haloo. assalamualaikum. kak yat bila nak balik Shah Alam?
akak: tak tahu lagi..
M: roomate baru dah masuk. M nak amikkan duit sewa rumah ni. letak mana? 
akak: ok..amik kat sini, sini...sini...ada?
M: ok. ada. hurm, budak baru smoke tau.. Diorang tiga sekawan. Best friend. 
akak: ..terdiam..(Ya Allah.bala datang lagi)
M: nanti akak pandai-pandai lah ya. si N dah tanya-tanya dengan makcik. bila akak nak keluar? 
akak: dalam hati (hai, tak sabar-sabar suruh aku keluar) Biar lah. aku bayar sewa ok.
M: hurm, dia pun dah sibuk-sibuk tanya. bila M nak keluar rumah. 
akak: #^%#&&...
M: hurm, dah tu akak nak balik bila ni?
akak: hurm, (speechless!!) entah lah. bila dah dengar macam ni. lagi lah buat hati akak berat. rasa malas nak balik sana.
M: tu lah...ok lah. assalamualaikum..
akak: waalaikumussalam.

(take note: isi perbualan yang penting sahaja).

Ya Allah. Engkau yang Maha pengampun dan Maha mengetahui. Lundungilah hambamu ini. Aku rasa amat amat amat amat kerdil berada di atas bumi mu yang luas ini. Permudahkan lah jalanku....

Perbualan yang kurang sepuluh minit tu betul-betul mengejutkan akak dari lena mimpi. Akak leka melayan khayalan drama tv. Seronok nak tahu masalah pelakon utama dalam drama. Paling tidak, kasihan pada pelakon yang berjaya memegang watak yang diberikan. Walhal, sudah tahu jalan ceritanya semua telah disusun atur. Supaya penonton sentisa berdebar-debar dan tertanya-tanya apakah yang bakal berlaku pada episod akan datang? Sampai akak lupa. Akak sebenarnya berhadapan dengan dunia reality yang penuh dengan drama. Ya ampun. Akak ingat semuanya telah berakhir. Pasal kes budak rumah talam dua muka yang tak puas hati.

Semester lepas, dia sebilik dengan akak. Tapi semester baru ni, dia dah pindah bilik sebelah. Duduk dengan D. Ingat bila dia dah pindah sebelah, tak adalah cakap-cakap lagi itu ini. (akak harap) Situasi sekarang ni, dia pakat dengan kawan kelas, mai datang duk rumah sesama. haih~ sebilik dengan akak lagi. Masyaallah.. macam mana akak nak face drama reality ini? Dengan nak hadap muka Ai lagi, pasal kes baby hilang. Argh! Lagi ingat lagi bertambah marah. sekarang ni dah macam unggun api yang disiram petrol ja rasa.... damm!! marah meluap-luap~~

Masyaallah~ owh tuhan, bantu lah hambamu ini. smooth kan lah perjalanan hidup aku ini.. Engkau bukakanlah hati-hati insan kedil yang keras ini. Semoga mereka lembut-lembut hatinya. Boleh mendengar nasihat, akur, penuh rasa hormat dan penuh dengan sifat kasih sayang.

Hari ini. Aku mengaku. Aku lemah.. seperti watak El dalam drama tv....Ya Allah~

perjalanan akak masih jauh.... :'(
Enough for today~

Monday, January 14, 2013

buah hati pengarang jantung

mood: masih trauma
listen to: titik-titik hujan

Hari ini genap empat belas hari dia meninggalkan akak. Walaupun dia tak punya nyawa, tapi kehadirannya dalam hidup akak sangat bermakna. Ke hulu ke hilir, mesti akak akan kelek, kemana sahaja. Naik bukit, masuk kebun, jalan bandar, jalan kampung..satu ja hajat akak yang tak sempat lagi, bawak turun sawah.

Owh sawah..

Lumpur sawah tak berbau. Beza kalau lumpur kat perit depan rumah ni. Baru godak pakai kayu, baunya jangan kata lah, dari rumah boleh hidu. Kalau ikutkan, memang geji turun sawah. Sapa suka main kotor? Tapi bila dah turun, lumpur tu siap dikepal-kepal baling kat orang lagi. haha!Habis baju, tudung dan muka. Penuh dengan kotoran lumpur. Lepas penat main perang-perang, berlari panjat tali air. Berendam lama kat sana. Sambil cuci, sambil menyanyi. Seronok kan dengar? Ni baru cerita, belum jejak kaki lagi. Hurm, tak sempai hajat nak bawak ziarah kampung abah..dan 'menembak' kat kampung Dayah.

i'am free lancer photographer but i dont have any tools.Yeah!


Tetiba rasa nak senyum lebar-lebar. Ibarat nak masak tapi tak ada kuali. Macam mana? susah la macam ni. hurm, satu lagi angan-angan yang tinggal angan-angan. Sekarang ni bila fikir balik, entah bila nak kumpul duit dapat cari pengganti lagi. Sekarang ni umur makin banyak. Bila dah makin banyak, tanggung jawab yang digalas dah pun meningkat sama banyak. Mana nak saving lagi, beli itu, beli ini. melancong lagi..huh, melancong?



owh korea..
bear museum 

Satu lagi angan-angan yang tak sempat tercapai.dengan si baby. Tahun lepas ada cakap-cakap. Nak bag packing sesama kawan tahun ni. Pakat kumpul duit tabungan sendiri. Bila penuh, jalan-jalan cuci mata kat negara orang. Memang seronok. Jalan-jalan cuci mata, tangkap gambar indah bersama. Memang bukan indah lah kalau tak namanya berangan. Tapi sekarang ni, bila dah berlaku musibah kat diri, hati dah tak seseronok dulu. Berat rasanya mulut ni nak jawab persoalan, bila? Sekarang ni nak berjalan-jalan tanpa baby D di sisi, macam malas la pulak. hurm~ tengok lah. Insyallah.ada rezeki, sampai juga kaki ni merasa jejak kat bumi sana.

Suatu hari akan cari juga pengganti...yup.cari pengganti. And i swear, someone need to pay for the careless, trauma and for the sadness of that nite. Thank you for the 'gives', my housemate! We lost two camera, one hard disk, cash about RM 250.00 and TRUST!!.

Hujan pun dah berhenti. Lain kali akak datang conteng-conteng lagi.

End. xoxo~ akakweird.





Saturday, January 12, 2013

kosong

mood: ....
listen to : bunyi kipas


Dalam fikiran akak sekarang ni kosong. Sepertinya takda perkara penting yang perlu dirisaukan. masa yang berlalu dibiarkan saja berdetik dengan laju. jiwa kacau dibiarkan saja bercelaru. tiada apa yang perlu difikirkan.

rindu pada kawan.

tatkala sunyi menelubungi diri, teringat kat kawan-kawan. paling sukar dilupa, kawan-kawan sekuliah. ada saja program hujung minggu berjimba bersama. tak dengan program U, program sendiri. serunuk tak terkata. inilah adat bila belajar berdikari di tempat orang, jauh dari mak ayah. kawan-kawan jadi peneman sejati. benda-benda pelik semua habis ditry. tapi selagi tak memudaratkan diri dan agama. bersama-sama memcuba. tapi bila masing-masing dah habis belajar. ..mana mereka? membawa haluan sendiri. sedikit demi sedikit mulai hilang. rengang. hurm, akak tak nak begitu...

apa aku mahu sebenarnya?
akak rindu...

internetlah medan komunikasi utama. tanya khabar berita mereka. bila tahu mereka suka, akak tumpang gembira. bila tahu mereka dalam duka, akak simpati bersama. bila mereka ditimpa bencana, akak cuba temankan mereka.beri nasihat. mencuba mententeramkan mereka. tapi, entahlah. terima tak terima.terserah. tak tahu lah apa tanggapan mereka. apa mereka kata.

saya bukan penyibuk!

maaf. ayat itu mungkin keras bunyinya. tapi bila dah duduk sesorang, mulalah, permainan otak ini. berlegar-legar buah fikiran. tapi malang. berlumba-lumba fikiran negatif ni keluar dari otak ni. Lelagi sekarang ni. bila terkenang diri. dengan musibah terkena pada diri bagai; barang kesayangan yang ditatang bagai minyak yang penuh, hilang! Hilang begitu saja. because of the dummies's careless. Dengan jobless lagi. argh! serabut. Mulalah mencari teman pengganti...'Baby D'..

saya bukan penyibuk..

bila duduk sendiri, mulalah mencari kawan-kawan yang rapat dulu. Saja. Cuma nak berbual kosong. Tiada motif apa. cuba bual kosong. ya. bual saja..kekadang terasa. tatkala terbaca status orang. memang bukan ditujukan pada kita. tapi of coz, siapa yang ada hati, tidak banyak, sedikit pasti jua akan terasa. maap. tiada apa-apa bentuk permainan yang dirancangkagkan. jangan lah belum apa-apa dah speechless.  Don't judge book by it's cover ya. i just need someone to chat with..

sedih bila kawan belum hebat untuk membaca hati budi kawannya...

End. xoxo.(peluk cium peluk cium)
:: lukilan: akakweird ::


Tuesday, December 25, 2012

Oh Shah Alam

mood: kesal.
location: ampang. (my 3rd home)

Fuhh~ rasa macam tertipu pun ada gak. tak pasal-pasal aku terdampar kat ampang.Plan punya plan, kata nak tengok lampu lip lap bagai, lastly, ini yang jadi. nice lah! esok kerja. apa pun, aku kena cari jalan balik sana sebab, aku ada tanggung jawab. tanggung jawab terhadap kerja. hurm, tak kesah lah. big bos tak gemar aku. nak replacement lagi. it's ok. that is ur company bapak kau. bila-bila masa ja kau boleh amik dan buang orang yang kau rasa tak sekepala.
argh! tak nak cakap pasal tu.

yang penting sekarang ni, kena tidur awal, bangun seawal pagi yang buleh, dan berlari balik shah alam.

hurm, harap-harap aku demam esok. adalah 'alasan' kukuh nak bagi kat bos. tak lah dia pandang serong kat aku. (owh, adat dunia. hidup ini membulat. dulu di atas, kini dipijak)

ok. anyway akk kena think positif. elok jugak 'terdampar'  kat sini. buleh sembang lama, chit chot dengan makcik sporting akk nieh. hik3~

xoxo~

Sunday, October 7, 2012

Mood Konvo

mood: konvo
location: dalam rumah

Tanggal 13 October 2012 akan menjadi tarikh keramat dalam hidup akak. Selama 3 tahun setengah belajar, ini lah tarikh yang dinanti-nantikan. Tinggal lima hari lagi untuk hari bersejarah itu. Tapi biasalah, sebelum menunggu hari tersebut tiba, akak ambil mood dulu! Yeah!! (pada hal buat-buat je ni)
bayangan 









bersama kawan baik
Nisa nama diberi. Dialah di antara sahabat yang susah senang bersama meredah Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia bersama-sama. Ke kelas, library, shopping, dan tak kurang kawan berjimba.


OOOoo~


grrr~

ouch~


chup!
Inilah diantara ragam  dan detik-detik dua sahabat baik bersama.





senyum terpaksa~





Serunuk serunuk jugak, tapi akak tak tahu nak bagi kad jemputan ini kepada siapa. Sebabnya kemungkinan besar mak dan ayah tak dapat datang pada hari tu nanti. Abang dan kakak? pun tak tahu dapat datang atau tidak. Ini maknanya, akak akan konvo sesorang la nanti. yEah! serunukk...huhu~~
xpa lah, nanti kalau akak ambil master, mereka wajib ada. Insyallah.

Jemputan 7th Convocation Ceremony

Hari pertama Sidang 1 , pagi.


Sesiapa yang tak ada hal pada hari tersebut, jemputlah datang memeriahkan lagi sambutan konvo ni nanti.
bye.tc~

Tuesday, July 24, 2012

ragam

mood: lapar ~~
lokasi: office
listening: Jason maraz~ i'm yours
MySpace

Lama rasanya tak membebel dalam blog. rindu rasanya. haha~ **perasan ada orang stalker .
Hari ini, masuk hari ke empat umat islam menyambut ramadhan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akak dipanjangkan nyawa menghirup udara lagi.
Kalau di hitung, tup tap tup tap, dah hampir empat bulan akak merasa dunia kerja yang diimpi2 kan graduated, iaitu orang bekerjaya. Tatkala sibuk melayan 'kerja', angin rindu datang tidak semena2. Rindu akan alam kampus. Rindu kawan sekuliah. Rindu nak hang out. Rindu berovernite selepas mts. rindu bergosip. Argh! rindu rindu rindu. Perasaan yang tidak boleh diungkap.

Beza. Dunia kerja memang berbeza. Nama je rakan kerja. Tapi masing2 ada matlamat dan kepentingan diri. Bagus jika dilihat ada sikap bersaing sesama sendiri. Tapi kalau maju untuk menjatuhkan orang, tak baguslah gitu. Apa yang akak perasan, dalam 'alam' ni, ada yang jujur,ada yang lurus, ada kelingking berkait dan tak lupa lidah bercabang. Hurm, rambut sama hitam, hati lain2~
Macam2 ragam. Adat manusia. Punyai hajat, mengampu ja kerja. Bila dah terkena, terduduk seketika. Tapi, jangan mengugut bila dah tergugat.

Orang berkepentingan.

Ada kuasa. Ada pangkat. Ada nama. Lagaknya seperti tuan. Ya, kau memang tuan! Tapi bukan tuhan. Perlu berkemanusiaan. Bila kau berkepentingan, kau ampu. Bila kau suka, alhamdulillah. Tapi bila benci? bila kepentingan mengatasi keinginan, kepentingan di tolak ketepi. Tolak orang sesuka hati. Yang penting hati puas. Asal kehendak diri, dikecapi. Ada kuderat, ada kuasa. Semua boleh. Tiada siapa buleh sangkal?

Lagak manusia

Akak sedar akak sementara. tempoh kontrak hampir ke penghujungnya. Esok lusa giliran menjelma. Tapi akak terima dengan hati terbuka. Rezeki ada dimana2. Akak percaya, rezeki Allah beri. Ya Rahman Ya Rahim, Engkau yang Maha Mengetahui yang ada di alam semesta ini. Sempena bulan Ramadhan ini, Engkau limpah kurniakan lah rahmat ke atas hambamu ini, permudahkan urusanku di dunia mahupun di akhirat. Amen~

**berlari ke bazar. mencari juadah menjamu tekak. ^^ selamat berbuka!!

Monday, November 14, 2011

k.e.l.i.r.u.

mood: keliru MySpaceMySpace
listen to: yuna dan sebenarnya..

Pagi yang indah. Terngiang lagu semalam yang akak dengar kat radio. Akak sangat keliru.
Hari ini akak nak bercerita tentang seseorang ni. Tingkah lakunya yang buat akak sangat keliru. Apa yang dia nak sebernanya? Apa muslihat dia? p.e.l.i.k.k.e.l.i.r.u.k.e.c.e.w.a.s.e.d.i.h.~

.....'menyendiri lagi, menyendiri lagi disaat kau tinggalkan diriku pergi.tak ada yang bisa menghiasi hariku. disaat ku terbngun dari tiduku''....
....''aku inginkan dirimu datang dan temui aku dan ku kan katakan padamu, aku sangat ....'' keliru dengan tindakkan kamu...



Dulunya kami sangat rapat. Sampaikan ramai yang salah anggap dengan cara kami berkawan. Hurm, yang itu tak kesah lah pandangan orang kan. Sebenarnya akak suka cara begitu sebabnya akak boleh jadi diri sendiri.Sangat selesa jadi diri sendiri. Dulunya kalau nak ajak lepak, mesti dapat panggilan, tak pun sekeping mesej dikirim. Sampaikan ada kalanya menunggu dengan penuh kesabaran kat bawah rumah,semata-mata untuk itu. Akak tak mintak pun diberi perhatian sedemikian rupa. Mungkin itu cara dia berkawan. Namun, sekarang ni tidak lagi. Ring tone ''gades semasa'' tidak lagi kedengaran..

Ada satu malam, ringtone 'gades semasa' berbunyi. Seperti silap dengar. Jam sudah menunjukkan hampir pagi. Dalam fikiran, takkan nak ajak keluar kot...dah lewat malam sangat dah ni. Tekaan akak tepat. Tapi seperti biasa, akak akan menolak pelawaan sesiapa kalau ajak keluar pada waktu-waktu sebegini.Hurm, kenapa ajak lepak time-time camni.Esok siang kan ada masa banyak..

Ada satu malam lagi. ''gades semasa'' berbunyi lagi. Kali ni memang akak sangat confuse. Seperti orang mabuk yang tak boleh dikawal. Memacam benda pelik dia kata. Kalau tak silap akak, baru ja lepas kita jumpa. Dia kata dia rindu. Lembutnya cara dia berbicara. Tak pernah dia berkata sedemikian rupa. Pasti hati si hawa akan tersentuh dengan lunak kata suaranya.MySpace Tapi, sesekali panggilan dia buat akak tak selesa, ishh~ mimpi ke aku? Sampaikan akak tak tahu nak kata apa. speechless. Akak kata, akak sakit perut. Jap lagi tepon balik boleh tak? ingatkan saja buat alasan, rupanya dia telifon semula. Meroyam ke apa kau? kata menda pepelik ni? tersampuk apa masa perjalanan balik umah tadi? Siap menyanyi-nyanyi..kalau tak silap..lagu wajib karok dia. Bagi akak, tak kesah lah wajib dia ke apa, yang penting kandungan lagu tu. Yup! lirik lagu dia, yang membawa maksud...cinta pandang pertama?? betol ke apa yang akak baru dengar? adakah dia sedang meluahkan perasaan dia, tapi akak tak nampak? akak tak balas? ataupun akak buat-buat tak paham? atau dia nak memain? gurau je tu. Eh, entahlah...seriously akak sangat...
MySpace  c.o.n.f.u.s.e.~
Tetiba terlintas~. Ada sekali tu dia beria-ria nyanyi masa karok. Masa tu akak rasa seperti lagu itu ditujukan kepada akak. Tapi biasa lah, akak buat tak paham. Nyanyi lagu je kan. Lainlah kekata itu terkeluar dari mulut dan hati yang ikhlas. Otak ini tidak sesekali berhenti berfikir..arghh~ k.e.l.i.r.u.
...''owh bulan.enggan melayan diriku lagi.pabila,air mata menmbasahi pipi. dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku.pabila kau bersama yang lain.adakah perasaa benci ini sebernanya cinta. yang masih bersemadi untukmu.dan sebernaya ku megharapkan di sebalik senyumanmu itu kau juga merindui aku.ku enggan berpura-pura ku bahagia ku enggan melihat kau bersama si dia.ku akui cemburu mula menular dalam diri pabila kau bersama yang lain''....
.....''pabila kau merenung matanya ku rebah jatuh kebumi di saat kau benar-benar mahu pergi seperti bernafas dalam air''....
b.y.y.u.n.a.~

....''rindu ku padamu,ku takkan bisa menjadi lebih apa yang terdaya namun kutetap berjanji akan masih mencuba untuk memujuk hatimu mencintai aku dengan semuanya yang ada hanyalah untukmu.''...
...''maafkan aku sekiranya tak termampu untuk memujuk luahkan semua isi hatiku.''....
....''ini tidak adil jika jika bertanya ku mencintai mu juga, ini tidak adil banginya"....
..''kau tak pernah memahami aku.cinta yang kau ucap tak pernah kau tinduk.dan bila saat ku kehilangan.beban yang kau tak cuba kau ringankan''....
....''kau bukan milikku''...
...."kernaku memang penakut, mengakui cinta kepadamu.seribu kali ku cuba ucapkan.dia bersamamu. kau bukan miliku''..

..''patah seribu bila terkenangkan,....pergilah kau ke tempat yang kau tuju,pasti ada hikmah buatmu dan juga diriku''....pergilah...byShelaHamzah.

#terima kasih dengan layanan yang diberikan.